

|
bebel-bebel debab part 3
![]() Tuesday, March 5, 2013 • Tuesday, March 05, 2013 • 0 comments
السلام عليكم ورحمة الله وباركة
salam .. jumpa lagi .. haaa, pepagi nih awal pulak debab masuk keja .. hehhee .. ntah lah apa mimpi tetiba nak datang awal ... maybe ,, x sabar nak update2 blogger kowt .. hehehhee .. terlebih sudah .. hurm ,, so ?? now .. debab nak coret mendew nih tuk pagi nih .. mudah-mudahan ada manfaat .. wat wanita-wanita kat luar luar sana ... ' JANGAN BERSEDIH , JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA ' ehhehe ^_^
sapa nak jadi emas pertama dalam islam ?? so .. hayati la makna setiap rangkap nih :)
EMAS PERTAMA
WANITA YANG MELAWAN PENINDASAN
apa yang berlalu biarlah berlalu,
cita-cita adalah harapan yang belum pasti,
dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani.
sebagaimana Allah SWT berfirman :
" Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan ( yang menyatakan tidak ada mudaratnya )kepada orang mukmin ( berhubung rapat dengan orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya ), iaitu : Perihal isteri Firaun ketika dia berkata : Wahai Tuhan Ku !! binalah untuk ku sebuah rumah di sisi Mu dalam syurga dan selamatkan lah daku dari Firaun dan perbuatannya ( yang kufur & buas ) serta selamatkan lah daku dari kaum yang yang zalim . "
( surah At-Tahrim: ayat 11)
jadi renungkanlah kenapa Allah menjadikan wanita ini ( Aisyah R.A ) sebagai contoh dan ikutan bagi orang mukmin dan mukminah ? kenapa Allah menjadikannya sebagai model dan fenomena yang jelas bagi mereka yang ingin mendapatkan hidyah dan melaksanakan sunnah Allah dan Rasul-Nya dalam kehidupan ??
Alangkah cerdas dan pintarnya wanita ini kerana ternyata dia lebih memilih tinggi di sisi Tuhannya Yang maha Mulia dan lebih mengutamakan berdamping ( dengan Allah ) darpada menempati tem[at tinggalnya. Untuk itu, dia rela membangkang terhadap ketaatan kepada suaminya , Firaun yang berdosa,melampaui batas lagi kafir . dia menolak hidup di dalam istanya yang mewah dan penuh perhiasan duniawi . dia lebih memilih tempat tinggal yang lebih kekal, lebih indah dan lebih cantik di sisi Tuhannya yang menguasai semesta alam, di dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, di tempat yang telah dijanjikan di sisi Tuhan yang Maha Kuasa ..
^_^ bekalan ^_^ :
Di sana ada suatu tempat di barisan terdepan tetapi menuntut anda untuk menambah peningkatan dan kesempurnaan dalam setiap perkara yang anda amalkan :)
Labels: bebel part 3 ![]() ![]() 0 Comment(s) ![]()
|
![]() Welcome to my blog . miss debab suka berkawan .. dalam blog nih hanya untuk debab nak membebel-bebel..n kongsi suka duka debab.so?? kalau sudi kawan ngan debab please follow me if you like to ;> Please be nice here |